X-ray gigi bongsu nak tumbuh.

Gigi Bongsu Tumbuh: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Rasa Sakit Datang

Pernah rasa tekanan pelik di hujung rahang belakang? Atau gusi bengkak sebelah saja sampai susah nak kunyah? Ini mungkin bukan gigi berlubang tapi tanda gigi bongsu tumbuh. Gigi geraham besar ketiga ini biasanya muncul lewat dan diam-diam boleh mengganggu kesihatan mulut anda.

Walaupun ramai anggap ia cuma perkara biasa, gigi bongsu boleh tumbuh senget, terperangkap, dan jadi punca pelbagai komplikasi jika tidak ditangani awal. Sama ada perlu dicabut atau hanya dipantau, semuanya bergantung pada tahap tumbuh dan gejala yang dialami.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Bila Rasa Sakit ‘Lain Macam’?

Sakit gigi patient gigi bongsu tumbuh

Bila anda mula rasa sakit pelik di bahagian belakang rahang, terutamanya di usia lewat remaja hingga awal 20-an, besar kemungkinan ia adalah tanda gigi bongsu sedang tumbuh.

Situasi ini biasa berlaku di kalangan remaja dan dewasa muda di Malaysia, terutamanya yang baru lepas sekolah atau mula bekerja. Mereka sering tidak tahu bila masa sesuai untuk dapatkan rawatan. Dalam artikel ini, kami akan jelaskan segala yang anda perlu tahu tentang gigi bongsu: dari sebab ia tumbuh senget, hingga ke rawatan terbaik di Puchong dan Bukit Jalil.

Umur Berapa Biasanya Gigi Bongsu Tumbuh?

X-ray gigi bongsu tumbuh

Ramai yang tertanya-tanya, umur berapa sebenarnya gigi bongsu mula tumbuh? Secara umumnya, gigi bongsu atau wisdom teeth akan mula muncul antara usia 17 hingga 25 tahun, tetapi tidak semua orang akan mengalaminya. Kajian mendapati bahawa walaupun kebanyakan individu mempunyai empat batang gigi bongsu, ada juga yang hanya mempunyai satu, dua, atau tiada langsung kerana faktor genetik atau evolusi struktur rahang yang lebih kecil. 

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical and Diagnostic Research, gigi bongsu lazimnya mula erupsi sekitar usia 20 tahun ke atas, dan dalam sesetengah kes, pertumbuhan boleh berlaku lewat sehingga usia 30 tahun

Dalam konteks Malaysia, ramai pesakit mula mendapatkan rawatan gigi bongsu apabila ia menunjukkan simptom seperti sakit, bengkak, atau kesukaran membuka mulut sepenuhnya. Justeru, walaupun pertumbuhan ini berlaku secara semula jadi, kehadirannya tetap memerlukan pemerhatian profesional, terutamanya jika tumbuh dalam kedudukan yang tidak normal atau menyebabkan ketidakselesaan.

Simptom-Simptom Gigi Bongsu Tumbuh Senget

Gigi bongsu yang tumbuh senget tak semestinya terus menyebabkan sakit — tetapi apabila ia mula memberi tekanan pada gigi lain atau menekan gusi, simptom-simptom tertentu akan mula dirasai.

Rasa Berdenyut atau Tekanan di Belakang Mulut

Wanita sakit disebabkan oleh gigi bongsu tumbuh.

Salah satu petanda awal ialah rasa tidak selesa atau berdenyut di hujung rahang, terutamanya jika gigi mula menolak ke arah gigi molar kedua. Tekanan ini boleh datang dan pergi, tetapi kerap kali menjadi lebih teruk semasa mengunyah makanan.

Bengkak atau Gusi Bernanah

Gigi rasa berdenyut itu simptom gigi bongsu tumbuh.

Apabila gigi bongsu tumbuh senget dan hanya separuh menembusi gusi, ia mewujudkan ruang kecil di antara gigi dan gusi. Ini tempat ideal untuk bakteria berkumpul. Akibatnya, anda mungkin akan mengalami pembengkakan, gusi bernanah, dan rasa sakit semasa membuka mulut.

Sakit Kepala atau Telinga

Gigi bongsu tumbuh boleh menyebabkan sakit kepala.

Ramai pesakit tidak menyangka bahawa sakit kepala atau ketidakselesaan di bahagian telinga boleh berpunca daripada gigi bongsu. Tekanan dari gigi yang tumbuh senget boleh memberi kesan pada sendi rahang (TMJ), seterusnya memicu sakit kepala atau rasa tegang di sekitar leher.

Nafas Berbau & Rasa Tidak Sedap di Mulut

Mulut bau busuk disebabkan gigi bongsu tumbuh.Sisa makanan yang terperangkap di celah gusi sekitar gigi bongsu juga boleh menyebabkan nafas berbau, walaupun selepas menggosok gigi. Ini berlaku apabila terdapat jangkitan ringan atau keradangan yang berulang pada kawasan tersebut.

Apa Komplikasi Jika Gigi Bongsu Tidak Dicabut?

Tidak semua kes gigi bongsu perlu dicabut. Tapi bila ia tumbuh secara senget, separuh keluar, atau tersekat di dalam gusi (impacted), ia boleh mencetuskan beberapa masalah kesihatan yang lebih serius jika dibiarkan tanpa rawatan.

Antara komplikasi yang mungkin berlaku termasuk:

  • Keradangan dan jangkitan gusi (pericoronitis) – Gigi bongsu yang tumbuh separuh keluar boleh memerangkap bakteria dan sisa makanan, menyebabkan gusi membengkak dan sakit.
  • Karies gigiKawasan sukar dicapai oleh berus gigi menjadikan gigi bongsu dan gigi bersebelahan lebih mudah mendapat kaviti.
  • Tekanan terhadap gigi bersebelahan – Gigi bongsu yang tumbuh ke sisi boleh menolak gigi di hadapannya, menyebabkan kesesakan dan perubahan susunan gigi.
  • Sista dan kerosakan tulang rahang – Dalam kes yang jarang berlaku, gigi bongsu terimpak boleh membentuk kantung cecair (sista) yang menyebabkan kerosakan tulang atau akar gigi bersebelahan.

Menurut satu kajian dalam jurnal Oral Surgery, Oral Medicine, Oral Pathology and Oral Radiology, untuk gigi bongsu tidak bermasalah, pemantauan lebih disyorkan berbanding pencabutan. Namun begitu, pemantauan berkala adalah penting bagi mengesan komplikasi lebih awal dan membuat keputusan rawatan yang sesuai.

Wajib Ke Untuk Cabut Gigi Bongsu?

Kalau anda pernah alami kesakitan akibat gigi bongsu, perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran ialah, “Perlu cabut ke?”

Jawapannya bergantung pada beberapa faktor, termasuk kedudukan gigi bongsu, tahap kesakitan, risiko komplikasi, dan hasil pemeriksaan doktor gigi.

Bila Tak Perlu Cabut

Jika gigi bongsu tumbuh lurus, cukup ruang, tidak menyebabkan sakit atau jangkitan, dan mudah dibersihkan, gigi itu boleh dibiarkan. Dalam kes ini, doktor akan memantau keadaannya melalui pemeriksaan berkala dan X-ray.

Bila Anda Perlukan Rawatan Segera

Dalam sesetengah kes, sakit akibat gigi bongsu boleh datang tanpa amaran sepreti bengkak, sakit berdenyut, atau mulut sukar dibuka. Kalau ini berlaku, anda kena jumpa doktor gigi dengan secepat mungkin.

Di Dental Home, kami sediakan rawatan kecemasan pada hari yang sama untuk bantu anda segera tanpa perlu tempah slot berhari-hari lebih awal. Anda hanya perlu datang ke klinik, dan pasukan kami akan lakukan pemeriksaan serta cadangkan langkah rawatan yang paling sesuai berdasarkan tahap kesakitan dan kondisi gigi bongsu anda.

Sama ada anda perlukan antibiotik segera, cabutan kecemasan, atau hanya konsultasi pantas, kami sedia bantu.

Soalan Lazim Tentang Gigi Bongsu

Adakah semua gigi bongsu perlu dicabut?

Tidak semestinya. Jika gigi bongsu tumbuh secara lurus, tidak menekan gigi lain, dan tidak menyebabkan kesakitan atau jangkitan, ia mungkin tidak perlu dicabut. Namun begitu, pemeriksaan berkala amat penting untuk pastikan tiada risiko komplikasi di masa depan.

Dengan teknik moden dan bius setempat, kebanyakan pesakit hanya merasa tekanan ringan ketika prosedur dijalankan. Selepas pembedahan, rasa sakit dan bengkak adalah normal dan boleh diuruskan dengan ubat serta penjagaan rapi di rumah.

Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh menggunakan ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen. Selain itu, berkumur dengan air garam suam boleh membantu mengurangkan keradangan dan membersihkan kawasan mulut. Ais yang dibalut kain boleh diletakkan di pipi untuk melegakan bengkak. Namun, jika sakit berlarutan, segeralah berjumpa doktor gigi.

Jika anda mula rasa sakit di bahagian belakang rahang atau gusi bengkak, langkah pertama ialah mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Imbasan X-ray biasanya diperlukan untuk menentukan arah tumbuh gigi bongsu dan sama ada ia perlu dicabut. Jangan abaikan gejala awal kerana gigi bongsu yang tumbuh senget boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan atau gigi bersebelahan menjadi rosak.

Kos mencabut gigi bongsu berbeza bergantung kepada tahap kesukaran dan sama ada prosedur memerlukan pembedahan kecil atau besar. Di klinik seperti Dental Home, harga biasanya bermula sekitar RM250 untuk cabutan biasa, dan boleh mencecah RM1,000* atau lebih untuk cabutan pembedahan yang kompleks. Pemeriksaan awal diperlukan untuk menentukan anggaran kos sebenar.

* Harga yang disenaraikan di sini adalah berdasarkan trend semasa pada tahun 2025 dan mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan caj sebenar di Dental Home. Untuk pelan harga yang lebih diperibadikan, sila berbincang dengan staf kami.

Nak Tahu Sama Ada Gigi Bongsu Anda Perlu Dicabut?

Jika anda sedang mengalami sakit atau bengkak akibat gigi bongsu yang tumbuh, jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih serius. Datang ke Dental Home untuk pemeriksaan dan rawatan profesional termasuk X-ray dan konsultasi dengan doktor gigi berpengalaman. Tempah janji temu anda hari ini di salah satu cawangan kami di Bukit Jalil atau Puchong dan ketahui sama ada gigi bongsu anda perlu dicabut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *