Harga cabut gigi geraham klinik kerajaan vs klinik swasta

Harga Cabut Gigi Geraham di Klinik Kerajaan vs Swasta (2026)

Berapa sebenarnya harga cabut gigi geraham di Malaysia, dan adakah lebih baik lakukannya di klinik kerajaan atau swasta? Jawapannya bergantung pada beberapa faktor termasuk tahap kesukaran prosedur, dan lokasi klinik. Untuk anda yang mengalami kesakitan atau kerosakan pada gigi geraham, prosedur cabutan mungkin satu-satunya pilihan untuk mengelakkan jangkitan lebih teruk. Dalam artikel ini, kami akan bincangkan secara lengkap tentang kos rawatan, proses cabutan, serta isu anda patut pertimbangkan cabut gigi bongsu di klinik kerajaan dan swasta.

Bila Anda Perlu Cabut Gigi Geraham?

3

Cabut gigi geraham bukanlah keputusan yang dibuat secara sembarangan. Dalam banyak kes, prosedur ini hanya disarankan apabila gigi tersebut tidak lagi boleh diselamatkan atau menimbulkan risiko kepada kesihatan mulut. Antara situasi yang biasanya memerlukan cabutan gigi geraham termasuk:

1. Gigi geraham rosak teruk atau berlubang dalam

Apabila kerosakan gigi geraham terlalu dalam hingga tidak boleh dirawat dengan tampalan atau rawatan akar, ia perlu dicabut untuk elak jangkitan lanjut atau kesakitan berpanjangan.

2. Jangkitan pada akar atau abses

Gigi geraham yang dijangkiti boleh menyebabkan bengkak, nanah, dan kesakitan yang sukar ditahan. Jika tidak dirawat segera, ia boleh merebak ke bahagian lain dalam mulut atau muka.

3. Gigi geraham bongsu tumbuh tidak normal

Jika gigi geraham bongsu tumbuh secara senget, separa terkeluar, atau menekan gigi sebelah, ini boleh menyebabkan bengkak, rasa ngilu, dan keradangan gusi. Dalam kes begini, cabutan gigi bongsu selalunya menjadi pilihan terbaik.

4. Persediaan rawatan ortodontik (braces)

Kadangkala, gigi geraham perlu dicabut untuk beri ruang dalam mulut bagi meratakan susunan gigi melalui rawatan ortodontik.

5. Gigi geraham longgar akibat masalah gusi kronik

Penyakit periodontal tahap lanjut boleh melemahkan sokongan gusi pada gigi geraham, menyebabkan ia longgar dan terpaksa dicabut bagi mengelakkan komplikasi lain.

Perbezaan Cabutan Biasa dan Cabutan Pembedahan

Cabut Gigi geraham melalui pembedahan

Tidak semua gigi geraham perlu dicabut dengan cara yang sama. Perbezaan utama antara cabutan biasa dan pembedahan bukan sahaja terletak pada teknik, tetapi juga memberi kesan terus kepada harga cabut gigi geraham, terutama jika melibatkan geraham bawah atau gigi geraham bongsu.

Cabutan Biasa

Cabutan biasa dilakukan apabila gigi geraham telah tumbuh sepenuhnya dan berada dalam posisi yang mudah dicapai oleh doktor. Contohnya, jika gigi tersebut tidak rosak hingga ke akar, dan tisu gusi di sekitarnya tidak terlalu menutup gigi, cabutan boleh dilakukan tanpa perlu membedah gusi.

Prosedur ini cepat, kurang invasif, dan kosnya lebih rendah. Ini biasanya terpakai untuk geraham atas yang sihat tetapi perlu dicabut kerana sudah longgar, berlubang besar, atau mengganggu struktur gigi lain.

Cabutan Pembedahan

Untuk kes yang lebih rumit seperti geraham bawah yang terimpak, gigi bongsu tumbuh senget, atau gigi yang patah sampai ke akar, pencabutan biasa tidak sesuai. Dalam kes ini, doktor perlu membuat cabutan pembedahan, di mana tisu gusi dibedah dan mungkin perlu memotong gigi kepada beberapa bahagian untuk mengeluarkannya dengan selamat.

Kosnya lebih tinggi kerana tahap kesukaran dan masa prosedur yang lebih panjang. Ini juga berkait rapat dengan harga cabut gigi geraham bawah dan bongsu, yang sering kali memerlukan pemeriksaan X-ray, bius tambahan, serta kemahiran khusus dari doktor.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Harga Cabut Gigi Geraham

5

Kos untuk cabut gigi geraham bergantung pada beberapa faktor. Memahami faktor-faktor  ini dapat membantu anda merancang bajet dengan lebih baik dan memilih klinik yang sesuai, sama ada kerajaan atau swasta.

1. Jenis Gigi Geraham

Gigi geraham boleh dibahagi kepada dua jenis: geraham biasa dan geraham bongsu. Gigi geraham bongsu sering memerlukan pembedahan kecil kerana kedudukannya yang sukar dicapai atau tumbuh secara senget. Ini menjadikan kosnya lebih tinggi berbanding geraham biasa yang tidak memerlukan prosedur kompleks.

2. Tahap Kesukaran Prosedur

Sekiranya gigi sukar dicabut contohnya — akar bengkok, gigi patah, atau tersembunyi di bawah gusi, doktor gigi mungkin perlu lakukan cabutan secara pembedahan. Prosedur ini biasanya memerlukan lebih masa, kemahiran, dan peralatan, sekali gus meningkatkan kos rawatan. Semakin rumit keadaannya, semakin mahal harganya.

3. Penggunaan X-ray dan Peralatan Tambahan

Kebanyakan klinik akan melakukan X-ray untuk menilai keadaan akar gigi dan kedudukan gigi geraham, terutama untuk kes seperti gigi bongsu atau gigi yang tidak tumbuh sepenuhnya. X-ray dan penggunaan alat pembedahan seperti pisau bedah atau drill akan menambah kos keseluruhan rawatan.

4. Kepakaran Doktor Gigi

Harga juga dipengaruhi oleh pengalaman dan kepakaran doktor gigi. Pakar bedah mulut (oral surgeon) di klinik swasta selalunya mengenakan bayaran lebih tinggi kerana kepakaran mereka dalam mengendalikan kes rumit. Namun, ini juga bermaksud risiko komplikasi adalah lebih rendah, dan proses penyembuhan boleh jadi lebih lancar.

Harga Cabut Gigi Geraham di Malaysia: Klinik Kerajaan vs Swasta

7

Apabila anda sedang mempertimbangkan untuk mencabut gigi geraham, persoalan paling utama pastinya berkaitan dengan kos, terutama jika anda ingin tahu perbezaan antara harga di klinik kerajaan dan klinik swasta. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing, dan perbandingan ini akan membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Klinik Swasta

Di klinik pergigian swasta, harga cabut gigi geraham biasanya bermula sekitar *RM900 hingga RM1000. Namun, untuk gigi geraham yang perlu pembedahan kecil – contohnya gigi bongsu yang tumbuh senget atau tertanam, kos boleh mencecah *RM1200 hingga RM1500, bergantung kepada kerumitan kes dan lokasi klinik. Beberapa klinik juga akan menyarankan X-ray untuk diagnosis awal, yang mungkin dikenakan caj tambahan sekitar *RM50 – RM100.

Walaupun harganya lebih tinggi, kelebihan utama klinik swasta adalah waktu menunggu yang minimum, persekitaran yang lebih selesa, dan penggunaan teknologi pergigian terkini. Jika anda sedang alami kesakitan mendadak atau bengkak, klinik swasta sering menjadi pilihan kerana anda boleh mendapatkan rawatan kecemasan gigi pada hari yang sama tanpa perlu temujanji awal. Ini penting bagi kes yang memerlukan tindakan segera, seperti jangkitan atau sakit berdenyut.

*Harga yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pasaran semasa setakat Disember 2025 dan mungkin tidak mewakili sepenuhnya caj sebenar di Klinik Dental Home. Untuk maklumat harga yang lebih tepat, dapatkan sebut harga daripada staf kami yang mesra di sini.

Klinik Kerajaan

Untuk klinik pergigian kerajaan, harga jauh lebih rendah biasanya sekitar RM1 hingga RM5 untuk rawatan biasa bagi warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, jika anda perlukan cabutan pembedahan atau X-ray, ia mungkin mencecah RM50 – RM100 bergantung pada jenis prosedur dan kemudahan yang tersedia di hospital kerajaan.

Namun, kelemahannya adalah masa menunggu yang panjang. Anda mungkin perlu buat beberapa kali lawatan hanya untuk diagnosis, sebelum diberi tarikh sebenar untuk prosedur cabutan. Selain itu, pilihan slot masa rawatan juga lebih terhad berbanding klinik swasta.

Apa Yang Termasuk Dalam Pakej Cabut Gigi Geraham di Dental Home?

Pemeriksaan gigi gerahang

Di Dental Home, kami percaya setiap sen yang anda bayar mestilah berbaloi. Itulah sebabnya harga cabut gigi geraham kami bukan sekadar untuk “cabut gigi” sahaja, ia merangkumi keseluruhan pengalaman rawatan dari mula hingga akhir. Pakej ini dirancang untuk memberi ketenangan fikiran kepada anda, tanpa caj tersembunyi atau tak dijangka selepas rawatan.

Pemeriksaan & Diagnosis Awal

Rawatan bermula dengan pemeriksaan menyeluruh oleh doktor gigi kami yang berpengalaman. Jika perlu, X-ray akan diambil bagi menilai kedudukan gigi geraham dan tahap kesukarannya. Ini penting bagi menentukan sama ada ia hanya memerlukan cabutan biasa atau pembedahan kecil. 

Bius Tempatan

Untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan tanpa rasa sakit, doktor akan memberikan bius tempatan sebelum prosedur bermula. Langkah ini membantu pesakit berasa lebih selesa sepanjang rawatan dijalankan.

Prosedur Cabutan

Sama ada gigi geraham anda dicabut secara biasa atau melalui pembedahan (terutamanya untuk kes gigi bongsu atau gigi pecah), kami tidak mengenakan caj tambahan semata-mata kerana prosedur mengambil masa lebih panjang atau sedikit rumit.

Nasihat & Penjagaan Selepas Rawatan

Selepas rawatan, anda akan diberi arahan penjagaan lengkap untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan risiko komplikasi. Ini termasuk tip pemakanan, cara mengurangkan bengkak, dan apa yang perlu dielakkan. Anda juga boleh kembali untuk susulan jika perlu.

Risiko Jika Tangguh Cabut Gigi Geraham

Gigi Gerahang Bengkak

Menangguhkan cabutan gigi geraham yang sudah rosak atau bermasalah bukan sahaja sakit, ia juga boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius dan kos rawatan yang lebih tinggi di masa hadapan. Ramai pesakit memilih untuk “tunggu dan lihat”, tapi pilihan ini boleh membawa kesan buruk.

Jangkitan Merebak ke Rahang

Apabila gigi geraham berlubang dibiarkan tanpa rawatan, bakteria boleh merebak dari pulpa gigi ke tisu sekitarnya. Jika jangkitan masuk ke tulang rahang, ia boleh menyebabkan osteomyelitis, satu keadaan radang tulang yang menyakitkan dan memerlukan rawatan antibiotik intensif atau pembedahan. Dalam kes yang lebih parah, jangkitan boleh menjalar ke kawasan leher dan dada, yang berisiko mengancam nyawa.

Bengkak dan Demam Berpanjangan

Apabila gigi geraham bawah atau gigi bongsu yang tersembunyi mula menekan gusi dan gigi sekeliling, tubuh akan bertindak balas dengan simptom seperti bengkak, sakit berdenyut, dan demam. Ia tanda bahawa tubuh sedang cuba melawan jangkitan aktif. Tanpa tindakan segera, bengkak boleh mengganggu fungsi harian seperti makan dan bercakap.

Kos Rawatan Jadi Lebih Tinggi

Cabutan gigi biasa lebih murah jika dilakukan awal. Tapi bila anda tangguh rawatan dan gigi rosak menjadi lebih teruk, prosedur boleh berubah menjadi cabutan pembedahan yang lebih kompleks dan mahal terutamanya untuk gigi geraham bongsu atau gigi geraham bawah yang terbenam atau patah ke akar. Selain itu, anda mungkin perlukan ubat tambahan, X-ray lanjutan atau rawatan pemulihan selepas itu, yang semuanya menambah kos.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah cabut gigi geraham menyakitkan?

Dengan penggunaan bius tempatan, kebanyakan pesakit hanya akan rasa sedikit tekanan tanpa kesakitan semasa prosedur. Untuk kes cabutan gigi geraham bawah atau bongsu yang memerlukan pembedahan kecil, ubat bius tambahan mungkin digunakan untuk memastikan keselesaan sepenuhnya sepanjang rawatan.

Biasanya, tempoh pemulihan mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk cabutan biasa. Jika melibatkan cabutan pembedahan seperti gigi bongsu, pemulihan penuh mungkin ambil masa sehingga dua minggu. Elakkan makanan keras dan pastikan kawasan luka bersih untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Ya, beberapa polisi insurans kesihatan meliputi prosedur pergigian tertentu termasuk cabutan gigi. Walau bagaimanapun, perlindungan bergantung kepada pelan yang anda ambil. Kami syorkan anda semak dengan penyedia insurans anda terlebih dahulu atau hubungi kami untuk semakan panel.

Kebiasaannya, gusi akan mula sembuh dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas prosedur cabutan. Namun, untuk geraham terutama yang melibatkan pembedahan seperti gigi bongsu atau geraham bawah, proses pemulihan mungkin mengambil masa sehingga 3 minggu. Penjagaan yang betul selepas cabutan seperti mengelakkan makanan keras dan mengekalkan kebersihan mulut sangat penting untuk mempercepatkan pemulihan dan mengelakkan komplikasi seperti jangkitan atau dry socket.

Waktu terbaik adalah seawal mungkin apabila doktor gigi mengesan masalah seperti gigi terimpak, kerosakan, atau jangkitan. Cabutan awal boleh elakkan prosedur pembedahan yang lebih kompleks dan mempercepat pemulihan.

Web

Jangan Risau, Masalah Gigi Anda Boleh Diselesaikan

Jangan tunggu sehingga sakit makin teruk – jika anda alami gigi geraham berlubang, geraham bongsu tumbuh senget, atau kesakitan yang berpanjangan, buatlah temu janji di Dental Home untuk rawatan segera tanpa temujanji, dengan harga cabutan gigi geraham yang berpatutan, teknologi moden, dan pasukan doktor berpengalaman yang sedia membantu anda hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *